CHANNEL UMB

Thursday, February 25, 2010

Konvensyen UMNO Pahang 2010







Oleh Amir Rozani

Salam 1Malaysia.

Konvensyen UMNO Pahang telah diadakan dengan jayanya pada 19 hingga 21 Februari 2010 di atas inisiatif yang diambil oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob. Jawatankuasa UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dari seluruh Pahang telah berkumpul di Universiti Teknologi Mara, Bandar Pusat Jengka ibarat satu keluarga yang besar pada hari tersebut.

Konvensyen yang berlansung selama 3 hari ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Mohamad Najib Bin Tun Abdul Razak, Presiden UMNO Malaysia merangkap Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat, 19 Februari 2010.

Bertemakan UMNO Pembela Rakyat; Dato Seri Mohamad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak mengesa seluruh kepimpinan UMNO dalam Negeri Pahang khususnya dan seluruh Malaysia amnya untuk memuhasabah diri. Selain itu, Presiden juga menggesa pemimpin dan wakil-wakil rakyat agar rajin turun ke kawasan masing-masing. Beliau juga turut berasa terharu dengan paparan Video yang menunjukkan bagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu berkhidmat demi membela nasib rakyat di seluruh Negara Malaysia.

Sesi konvensyen ini mengandungi 60 Bengkel yang memuatkan lebih 30 orang peserta bagi setiap bengkel. Bengkel dibahagikan mengikut keperluan seperti:
1. Bengkel Politik
2. Bengkel Ekonomi
3. Bengkel Agama
4. Bengkel Pendidikan
5. Bengkel Media Baru.

Perasmian penutup bagi konvensyen ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Presiden UMNO Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri. Antara lain, beliau mengharapkan agar UMNO Pahang dapat terus memperjuangkan institusi Agama, Bangsa Dan Negara sesuai dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Penyerahan Resolusi dari konvensyen ini telah diserahkan kepada YAB Tan Sri dan juga diedarkan kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian dalam Negeri Pahang.

Diharapkan isi kandungan resolusi dan hasil dari Konvensyen ini dapat di implimentasikan serta dilaksanakan dengan jayanya. Harapan yang tinggi sangat-sangat dialu-alukan oleh Ahli-Ahli akar umbi agar UMNO terus menjadi tunjang kepada perjuangan Agama, Bangsa dan Negara yang berdaulat ini.

HIDUP UMNO!!! HIDUP UMNO!!! HIDUP UMNO!!!

No comments:

Post a Comment